JellyPages.com

Please say....

Please say....

Thursday, 19 February 2015

Pau Inti Kacang Hitam

Assalamu'alaykum.

Dah lama saya tidak update blog.Alhamdulillah saya telah mendapat tawaran belajar di salah satu IPTA di Malaysia.Saya mengambil kursus Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam).Dah nak dekat 3 minggu berada di bumi bertuah Tanjung Malim ini.

Sehari sebelum berlepas ke sini,saya telah membuat pau inti kacang hitam.Resepinya tersangatlah mudah dan cepat.

Bahan-bahan:

1) Sedikit yis mauripan (letak air suam sedikit)
2) Tepung gandum
3) Minyak jagung (Kalau tiada,letak jela minyak masak pape pun) 
4) Sedikit gula (Tak kisar pun takpe.Ok je saya tak kisar haritu)
5) Planta/margerin 
6) Inti kacang hitam (beli je inti siap2)

Cara-cara:
Masukkan tepung gandum dan yis yang telah diletakkan air suam kedalam suatu bekas.Okey disini saya nak menerangkan mengapa diletakkan air suam bukannya air panas mendidih didih tu.Diletakkan air suam supaya yis yang selama ini di'tidurkan',dibangun semula.Kalau air panas,yis tersebut akan mati.Begitulah hidup yis.Tidak panas tidak sejuk.Sedang sedang sahaja.Panjang pulak penjelasan mengenai yis.HAHAHA.. Okey kembali kepada tadi.Setelah dimasukkan tepung gandum dan yis tersebut,kita gaul keduanya sehingga sebati.Kemudian letakkan sedikit gula.Sedikit dah la.Banyak banyak kang jadi penyakit lak.Huhu.Masukkan bersama dengan minyak jagung dan juga sedikit margerin.Gaulkan semuanya hingga sebati.Kemudian biarkan seketika paling lama satu jam.Paling sekejap 30 minit ke 45 minit.Bila dah nampak kembang,tumbuk tumbuk doh tersebut.Jadikan kecik kecik.Masukkan inti.Kemudian letak diatas pengukus.Supaya tidak menitik air wap di penutup,saya letakkan kain pastu ikat.Selalu selalu tengok dan cucuk bila rasa dah masak.Selalu 30 minit dah masak dah.Terpulang kepada pengukus tersebut.

Thursday, 4 December 2014

Cream cake

Assalamu'alaykum.

Harini 4.12.2014.Genap 29 tahun parents saya menjadi suami isteri.Today is their anniversary. HAPPY 29th ANNIVERSARY to my lovely parents. 
I've baked a cake.Kek biasa je sebenarnya. Hehe. Sponge vanilla cake.
Sila skroll post2 yang sebelum ini untuk mendapatkan resepi membuat kek ya! 
Kali ni,saya ingin berkongsi resepi membuat krim kek sendiri.Ala..cam dekat bakeri tu..
Saya buat krim kek ni semalam.Takut tak sempat kalau buat dua dua sekali harini huhu..

Cream Cake

Bahan bahan:
1) Buttercup 100g
2) Planta satu cawan
3) Gula kastor atau gula yang sudah dikisar.1 cawan sahaja ya. (Saya kisar gula biasa je) Haha
4) Setengah cawan susu lowfat dutchlady
5) Esen vanilla

Cara cara:
Masukkan buttercup dan planta kedalam pengisar.Kisarkan sehingga menjadi putih.
Kemudian masukkan gula dan esen vanilla.Kisar lagi sehingga menjadi gebu.Lastly,masukkan susu.
Kisar semuanya sehingga menjadi gebu.Kisar jangan secara berterusan.Tak pasal nanti pengisar meletup.Ha,kan naya tu.Kalau ikut cara saya,saya kisar dan berhenti setiap 3-4 minit,baru kisar semula.Kisar hingga gebu k? Ok..ni ada lagi satu tips.Nak tahu gebu ke tak.Ianya akan menjadi putih dan cuba terbalikkan mangkuk pengisar.Jika krim tidak jatuh,maknya ianya dah gebu.Senang cerita,krim tak jatuh dan berwarna putih.Ok siap! 
Alhamdulillah..

Saturday, 13 September 2014

Roti Cheese

Assalamu'alaykum.

Petang tadi tetiba rasa nak makan roti.Jadi saya dengan penuh semangatnya membuat roti cheese.Alhamdulillah menjadi.Sedap.Sebelum sambung degree ni,belajar buat macam macam masakan.Saya student Pengajian Islam tapi saya suka memasak.Memasak buat saya happy! hihi =P 
Yang tengah tu doh kecik daripada doh2 yang lain.
Sebab tu tak nampak sangat.Tapi berkembang cuma saiz kecik dari yang lain.



Bahan-bahan:
1) 2 sudu makan susu tepung
2) 1/2 paket yis mauripan
3) 2 sudu makan margerin/planta
4) 1 sudu teh garam
5) 1 sudu makan gula
6) 1/2 cawan air suam
7) Tepung gandum
8) Sekeping cheesedale 

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan diatas kecuali tepung gandum.Gaul hingga sebati semuanya.Kemudian masukkan tepung gandum hingga boleh diuli dan tidak melekat di sudu atau tangan.Biarkan selama 10-20 minit atau biarkan ulian doh tadi menjadi double.Kemudian.Bulat2kan dan letak diatas bekas keluli.Tak tahu apa nama bekas tu Hihi =P Saya letakkan cheesedale yang dah dicampur dengan sedikit air panas.Kemudian saya sapu pada doh yang dah dibulatkan tadi.Letak didalam oven selama 20-30 minit,rak tengah,api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing masing.Sapukan margerin ketika roti masih panas.Biarkan seketika. (Panas panas keluar dari oven kalau dimakan terus,melecur lidah) Hahaha.

Sekian.Roti cheese dari saya.Kalau taknak sapu cheese pun sedap jugak.Makan kosong sedap.Ikut kreativiti masing-masinglah.

Wednesday, 27 August 2014

Aiskrim vanilla coklat pandan

Assalamu'alaykum.

Semalam saya ada buat aiskrim coklat vanilla pandan.Jam9 macam tu.Time cuti cuti macam ni,rajin pulak saya mencuba macam macam resepi.Almaklumlah..nak kahwin kena pandai masak.Eh ada kaitan ke dengan aiskrim? Hihihi :P  Saya kan hantu aiskrim.Kena la pandai buat aiskrim sendiri.


Ni aiskrim fresh lagi tau.Nyummy!



Bahan bahan: 
1) 1 tin susu cair
2) 2 sudu besar susu pekat
3) 1 sudu besar ovallete
4) 2 sudu kecil esen vanilla 
5) 2 sudu besar gula

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan diatas kedalam mixer selama 20 minit hingga kembang dan ringan.Dinasihatkan mixer tersebut dihentikan selama 1-3 minit setiap 5 minit.Kalau tak,nanti meletup pulak mixer tu.Kalau nak guna blender pun boleh,tapi rasanya kena blend lebih lama daripada guna mixer.Lupa nak bagitahu.Selepas dah mixer selama 20 minit,asingkan kepada 3 bahagian.Saya letak perasa pandan,milo dan vanilla (original flavour).Kemudian masukkan satu demi satu.Saya masukkan selang seli antara 3 perasa tu.Aiskrim saya tak berapa manis.Saya tak berapa suka makanan manis.Gula yang diatas samada nak tambah atau tidak terpulang.

P/s: Susu cair boleh juga diganti dengan susu segar atau susu low fat.Saya dah try susu low fat dutchlady ganti susu cair.Dan hasilnya sama sahaja.

Tuesday, 19 August 2014

Roti Sosej

Assalamu'alaykum.

Baru tadi saya membuat roti sosej ala pizza.Ala..yang ada sosej atasnya tu.Dekat bakeri selalu ada jual.Saya skroll2 resepi roti semalam.Sebelum tidur.So saya rasa tertarik pulak dengan cara membuatnya.Simple dan sedap rasanya.Lembut pulak roti tu.Makan kosong pun sedap tau.

ROTI SOSEJ
Bahan bahan :
1) Mauripan / yis  1 paket
2) Margerin 3sudu
3) 2 sudu susu tepung
4) Setengah kilo tepung gandum
5) Air suam satu cawan
6) Satu sudu gula
7) Satu sudu teh garam

Cara cara :
Masukkan mauripan,margerin,susu tepung dan gaulkan ketiganya sekali.Kemudian masukkan air suam dan gula serta garam.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lembik dan tidak melekit di tangan.Cara untuk Menjadikannya bunga seperti dibawah.Selepas itu,masukkan kedalam oven rak tengah,api atas bawah,150c dan selama 20 minit (ikut kepanasan oven masing masing)


Tak berapa cantik.First time la katakan hihi tapi sedap dan gebu tau!
(Kiri tu roti kosong tapi tinggal separuh dah kena makan)
(Kanan tu roti sosej,yang nampak cam terbakar tu sebenarnya sebab saya letak cheese) 





Monday, 11 August 2014

Fry Fries

Assalamu'alaykum.

Petang petang macam ni best makan kerepek, kuih muih and so on.Teringin nak makan fry fries.Sebenarnya resepi ni sesaja je.Tak sangka pulak menjadi.Rangup dan sedap.Sama macam dikedai.Nyummy! Bujang cam saya suka makan fry fries kan? So, jom buat sendiri. Kebersihan terjaga kalau buat / masak sendiri bak kata babah saya.Haritu buat fries tak jadi.Fries tu jadi lembik dan hitam pulak.Buat time buat grill chicken blackpepper.Grill chicken blackpepper jadi tapi fries pulak tak jadi.Sila skroll untuk resepi grill chicken blackpepper. 
Usaha tanda kejayaan.Chewahh! So demikianlah kisah fries.Bawah ni resepi fry fries.Kali ni inshaAllah menjadi. Alhamdulillah.Say thanks to Allah!

Nampak sedap kan? Buat setakat nampak jer sedap.Tapi memang sedap.


Bahan bahan :
1) 2 biji kentang.
2) 1 sudu teh soda bikarbonat
3) 2 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung jagung
5) 1 sudu besar tepung gandum
6) Sedikit air panas
7) Garam

Cara cara:
1) Potong kentang tadi panjang panjang dan jangan terlalu nipis.
2) Kentang yang sudah dipotong potong tadi rebus seketika,dalam 2-3 minit macam tu,api sederhana.Letak secubit dua garam.
3) Kemudian,toskan kentang tersebut dan letak sekejap di dalam peti sejuk.
4) Masukkan tepung gandum,tepung beras dan tepung jagung didalam satu mangkuk atau apa apa bekas.Jangan lupa masukkan soda bikarbonat sekali ya.
5) Masukkan air panas dan kacau hingga sekata.
6) Masukkan kentang dan kacau kacau hingga semua kentang tadi sekata.
7) Goreng dengan minyak yang panas,api sederhana.
8) Angkat bila kentang sudah kekuningan.
Siap! Sedap..
Alhamdulillah.

Sunday, 10 August 2014

Kek Marble Susu

Assalamu'alaykum.

Tadi kawan kawan mami dan kawan kawan kakak saya datang rumah.Jadi saya dengan sukacitanya membake kek marble susu.Ayat kemain kan. Haha. Awal pagi kot saya bake tadi. Jam8 pagi macamtu.Dan masak ayam masak kurma.Rasanya ayam masak kurma semua orang tahu dah kan? Ala resepi sama macam masak kari ayam.Cuma tukar rempah saja. Saya tak snap gambar ayam masak kurma saya tadi.Lupa snap.Huhu.
Sebelum masukkan dalam oven.Snap gambar dulu. Hihi :D


KEK MARBLE SUSU
Bahan bahan :
1) 1 cawan margerin / planta
2) 1 cawan tepung gandum
3) 2 biji telur
4) 1 sudu teh baking powder / serbuk penaik
5) 1 sudu teh ovalette
6) 1 cawan gula kastor (Kalau tiada gula kastor,guna gula biasa pun boleh tapi blended dululah ye!)
7) Pewarna hijau
8) 2 sudu besar susu segar (Saya guna susu tepung nespray)
9) 1 sudu teh esen vanilla
10) Sedikit kismis ( Saya letak kismis,lebihan buat kuih raya haritu.Sayang kalau buang) Tak letak pun tidak mengapa.

Cara cara :
1) Masukkan margerin dan gula kemudian pukul sehingga kembang. (Hingga berubah warna jadi putih)
2) Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sekata.
3) Masukkan baking powder,tepung gandum. (Ayak dahulu) 
4) Kemudian masukkan susu segar dan ovalette hingga sekata.
5) Masukkan kismis (Kalau taknak pun tak apa.Ini lebihan buat kuih raya haritu.Sayang nak buang.So,saya masukkan sekali.)
6) Kalau nak dua warna, putih dan hijau. Asingkan kepada dua.Satu hijau dan satu tak perlu letak warna apa apa. Atau ikut suka nak warna apa pun. Terpulang kepada kreativiti masing masing.
7) Masukkan kek ke dalam loyang yang sudah disapu minyak secara selang seli,putih dan hijau untuk menghasilkan warna yang menarik.
8) Guna lidi atau garfu untuk mencorakkan kek.
9) Panaskan oven selama 10 minit, 150c.
10) Masukkan kek kedalam oven setelah memanaskan oven selama 30-40 minit,150c,rak tengah,api atas dan bawah. Atau ikut kepanasan oven masing masing.
11) Cucuk gunakan garfu untuk mengetahui ianya sudah masak sepenuhnya ataupun tidak.
Siap! Senang kan? 
Alhamdulillah..
Kek tadi sudah dipotong potong.Gebu tak? Gebu tak kek saya?