Baru tadi saya membuat roti sosej ala pizza.Ala..yang ada sosej atasnya tu.Dekat bakeri selalu ada jual.Saya skroll2 resepi roti semalam.Sebelum tidur.So saya rasa tertarik pulak dengan cara membuatnya.Simple dan sedap rasanya.Lembut pulak roti tu.Makan kosong pun sedap tau.
ROTI SOSEJ
Bahan bahan :
1) Mauripan / yis 1 paket
2) Margerin 3sudu
3) 2 sudu susu tepung
4) Setengah kilo tepung gandum
5) Air suam satu cawan
6) Satu sudu gula
7) Satu sudu teh garam
Cara cara :
Masukkan mauripan,margerin,susu tepung dan gaulkan ketiganya sekali.Kemudian masukkan air suam dan gula serta garam.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lembik dan tidak melekit di tangan.Cara untuk Menjadikannya bunga seperti dibawah.Selepas itu,masukkan kedalam oven rak tengah,api atas bawah,150c dan selama 20 minit (ikut kepanasan oven masing masing)
No comments:
Post a Comment