JellyPages.com

Please say....

Please say....

Monday, 11 August 2014

Fry Fries

Assalamu'alaykum.

Petang petang macam ni best makan kerepek, kuih muih and so on.Teringin nak makan fry fries.Sebenarnya resepi ni sesaja je.Tak sangka pulak menjadi.Rangup dan sedap.Sama macam dikedai.Nyummy! Bujang cam saya suka makan fry fries kan? So, jom buat sendiri. Kebersihan terjaga kalau buat / masak sendiri bak kata babah saya.Haritu buat fries tak jadi.Fries tu jadi lembik dan hitam pulak.Buat time buat grill chicken blackpepper.Grill chicken blackpepper jadi tapi fries pulak tak jadi.Sila skroll untuk resepi grill chicken blackpepper. 
Usaha tanda kejayaan.Chewahh! So demikianlah kisah fries.Bawah ni resepi fry fries.Kali ni inshaAllah menjadi. Alhamdulillah.Say thanks to Allah!

Nampak sedap kan? Buat setakat nampak jer sedap.Tapi memang sedap.


Bahan bahan :
1) 2 biji kentang.
2) 1 sudu teh soda bikarbonat
3) 2 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung jagung
5) 1 sudu besar tepung gandum
6) Sedikit air panas
7) Garam

Cara cara:
1) Potong kentang tadi panjang panjang dan jangan terlalu nipis.
2) Kentang yang sudah dipotong potong tadi rebus seketika,dalam 2-3 minit macam tu,api sederhana.Letak secubit dua garam.
3) Kemudian,toskan kentang tersebut dan letak sekejap di dalam peti sejuk.
4) Masukkan tepung gandum,tepung beras dan tepung jagung didalam satu mangkuk atau apa apa bekas.Jangan lupa masukkan soda bikarbonat sekali ya.
5) Masukkan air panas dan kacau hingga sekata.
6) Masukkan kentang dan kacau kacau hingga semua kentang tadi sekata.
7) Goreng dengan minyak yang panas,api sederhana.
8) Angkat bila kentang sudah kekuningan.
Siap! Sedap..
Alhamdulillah.

No comments:

Post a Comment