Semalam saya ada buat aiskrim coklat vanilla pandan.Jam9 macam tu.Time cuti cuti macam ni,rajin pulak saya mencuba macam macam resepi.Almaklumlah..nak kahwin kena pandai masak.Eh ada kaitan ke dengan aiskrim? Hihihi :P Saya kan hantu aiskrim.Kena la pandai buat aiskrim sendiri.
![]() |
Ni aiskrim fresh lagi tau.Nyummy! |
Bahan bahan:
1) 1 tin susu cair
2) 2 sudu besar susu pekat
3) 1 sudu besar ovallete
4) 2 sudu kecil esen vanilla
5) 2 sudu besar gula
Cara cara:
Masukkan kesemua bahan diatas kedalam mixer selama 20 minit hingga kembang dan ringan.Dinasihatkan mixer tersebut dihentikan selama 1-3 minit setiap 5 minit.Kalau tak,nanti meletup pulak mixer tu.Kalau nak guna blender pun boleh,tapi rasanya kena blend lebih lama daripada guna mixer.Lupa nak bagitahu.Selepas dah mixer selama 20 minit,asingkan kepada 3 bahagian.Saya letak perasa pandan,milo dan vanilla (original flavour).Kemudian masukkan satu demi satu.Saya masukkan selang seli antara 3 perasa tu.Aiskrim saya tak berapa manis.Saya tak berapa suka makanan manis.Gula yang diatas samada nak tambah atau tidak terpulang.
P/s: Susu cair boleh juga diganti dengan susu segar atau susu low fat.Saya dah try susu low fat dutchlady ganti susu cair.Dan hasilnya sama sahaja.
No comments:
Post a Comment