Assalamu'alaykum.
Semua orang nak bahagia.Seorang suami nakkan kesempurnaan dalam diri seorang isteri.Begitu juga si isteri.Nakkan kesempurnaan dalam diri suaminya.Saya masih muda.Tapi saya kurang membaca novel novel cinta seperti anak anak dara yang lain.Mereka yang membaca novel cinta selalunya mengimpikan alam perkahwinan yang sesweet dalam novel.Bukan nak bash mereka yang suka baca novel.Kisah dalam novel tidak seperti di alam realiti.Realiti lebih mencabar.Sebaik baiknya ikutilah sunnah Rasulullah dan para sahabat walaupun dalam alam perkahwinan.Berikut adalah perbualan seorang ustaz bernama Ustaz Ebit Lew dengan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang isteri dan 4 orang anak.Si suami merasa tertekan dengan isterinya yang kuat membebel dan sila baca yang berikutnya untuk mengetahui respond Ustaz Ebit Lew.
Seorang lelaki tanya saya. "Ustaz, saya ada masalah rumahtangga yang besar. Isteri saya tidak bekerja. Lepas tu telinga saya ni dah tak tahan. 24 jam dia membebel. Asyik marah anak jer kerjanya..Anak 4 orang.Saya pun di marahnya. Saya dah hilang sabar.Lepas tu asyik tanya yang bukan-bukan. Duit bagi asyik habis. Dia tak membantu saya ustaz.Saya sayang dia. Tapi sekarang saya tidak bahagia. Macam mana nak bahagia ustaz kalau asyik stress macam ni? Tolong saya ustaz. Saya dah tak tahan sangat.."
"Betul abang nak tahu cara nak bahagia?" Tanya saya..
"Yer ustaz.."
Bahagia ini Allah yang beri. Dia beri bahagia ke dalam hati bersyukur. Syukur ialah bahagia. Syukur dengan kurniaan Allah buat hati kita tenang..
Orang yang benar bahagia dari hati yang berterima kasih pada Allah..
Saya beri dia sehelai kertas. "Cuba saudara tulis kebaikan isteri.." Dia kata, "Entahlah ustaz..susahlah macam tiada jer.."
"Baik, saya sebut kebaikan isteri saya pada saudara."
"Dia belajar tinggi-tinggi sampai umur 24 tahun. Dia lagi pandai dari saya. Dia boleh lebih maju dari saya dan menjadi orang hebat. Tapi dia pilih untuk menjadi orang belakang tabir hidup saya. Besarnya pengorbanannya...suri rumah ini sangat besar pengorbanannya. Pernah tak abang fikir sebenarnya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ini kerana ada orang di bawah tanggungan kita. Saya lihat ramai orang besar, rezekinya besar kerana Allah suka dia membantu keluarga dan pekerja yang ramai. Tapi saat dia tiada tanggungan semuanya berkurang dan berubah..Inilah iman."
Tiba-tiba dia mencelah. "Erm betul lah ustaz..rezeki saya semakin bertambah. Bezanya sebelum kahwin dan selepas kahwin walaupun kerja yang sama. Rezeki makan minum yang melimpah ruah.."
Wanita ini hebat tapi mereka berada di belakang kita. Sayu dan dahsyat pengorbanan wanita..
2 wanita dalam hidup saya hari ini yang sangat besar pengorbanan buat saya ibu pertamanya dan kedua isteri saya.
Wanita membebel kerana mereka rindukan kita. Terutamanya suri rumah. Mereka tiada kawan-kawan sangat melainkan anak-anak yang tidak dapat faham sepenuhnya perasaan mereka. Saya pernah diberi masa 5 minit nak ceramah perkara besar dan penting. Kerana semangat yang berkobar-kobar hasilnya saya cakap sangat laju dan tidak tersusun kerana saya nak cakap semua.perkara. Begitulah isteri kita. 12 jam mungkin mereka tunggu kita pulang dari kerja. Mereka ingin luahkan sesuatu. Jadi mereka cakap tanpa henti kerana berapa jam sahaja masa yang tinggal dengan kita..tiba-tiba kita marah. Sedihnya hati mereka....sudah tiada siapa lagi kerana kesetiaan mereka.
Kita jumpa ramai orang dan masih ramai kawan-kawan. Mereka sudah tidak seperti kita..mereka ubah semuanya..erm..
Hakikatnya apa yang Allah takdirkan buat kita adalah yang sebaiknya. Ramai orang sedar bila nikmat itu sudah tiada lagi..
Sebab tu sekali sekala kita kena bawa mereka keluar di jalan Allah tanpa anak-anak. Bawa mereka majlis ilmu. Hidupkan ta'lim rumah (BACAAN HADIS NABI SAW bersama keluarga contoh 9.30malam-10malam) insyaAllah rumah kita bercahaya. Hati mereka tenang..Itulah masa kita bersama.
Waktu malam dan setiap lepas solat kita doakan orang yang ktia sayang. Setelah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki ini. Kita mula berdoa untuk mereka dengan sayang sehingga air mata kita berlinang kerana dosa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Dia mula salam saya dan kata terima kasih. Saya dapat apa yang ustaz nak sampaikan..kena syukur.
Betul, syukur kepada Allah yang baik. Dia beri semuanya yang sebenarnya baik tanpa kita sedari itulah yang terbaik buat kita suami baik isteri -Ebit Lew.
No comments:
Post a Comment