Haritu teringin sangat nak makan kek batik.Rasa rasa semua orang tau resepi kek batik ni kan? Bagi yang suka makan kek batik,tapi tak tahu resepi.Saya beri resepi paling ringkas tapi sedap.Nyummy! Anak dara cam saya pun boleh buat sendiri tau.Bahan bahan pun senang nak dapat dan senang nak buat.
![]() |
Kek Batik ni nampak lembik sebab baru sejam setengah letak dalam peti ais. Nak buka puasa dah time tu.Letak lelama lagi keras.Lagi keras,lagi sedap tau. |
KEK BATIK
Bahan2:
1) 1 peket milo bersaiz kecil
2) 1 bungkus biskut marie (Yang bungkusan berwarna merah) **Patah patahkan ye**
3) 1/2 susu pekat manis (Saya guna 1/4 sahaja) **tak suka manis sangat**
4) 1 buku butter (Saya guna margerin planta agak2 satu cawan camtu)
5) Sebiji telur
Cara2:
1) Cairkan butter/planta dalam kuali besar.
2) Kemudian,masukkan susu pekat manis dan milo.Sebatikan.
3) Masukkan telur.Kacau.
4) Masukkan biskut marie yang dah dipatah patahkan tadi ke dalam kuali yang sama.
5) Gaul kesemuanya sehingga sebati.
6) Masukkan kedalam loyang. (Sila sapukan minyak dahulu ye.
Supaya tak melekat dan senang tuk dipotong)
7) Tekan bagi padatkan (Guna senduk plastik.Senduk tuk nasi pun boleh guna)
8) Sejukkan dalam peti ais 2-3 jam sebelum potong.
Bila dah agak2 cam dah keras dah.Potonglah.Sedap,inshaAllah.
"Selamat Mencuba Para Blogwalking!"
No comments:
Post a Comment