JellyPages.com

Please say....

Please say....

Thursday, 24 July 2014

Semperit Susu

Assalamu'alaykum.

Nak dekat raya ni macam macam resepi keluar. Resepi yang saya sekejap lagi nak share ni senang didapati bahan bahannya,senang nak buat jugak. Tak perlu nak mixer sampai kembang cam biskut raya lain.Sedap.Cair di mulut.Nyummy! Saya sendiri dah try haritu.Anak anak muda yang balik bercuti raya cam saya pun boleh buat tau.

SEMPERIT SUSU
Bahan2:
1) 1/2 tin susu pekat manis
2) 250g margerin/butter
3) 600g tepung jagung

Cara2:
1) Pukul sebati susu pekat manis bersama butter (kalau butter keras sangat,boleh cairkan dahulu)
2) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit (gaul sebati).Kalau adunan sudah cantik,tak perlu habiskan tepung.
3) Tekan guna penekan semperit.(kalau rasa keras adunan,boleh tambah minyak sayuran sampai jadi lembut)
4) Bakar selama 20 minit, 150-160c. (Ikut kepanasan oven).Guna rak tengah,api bawah sahaja.
Dah masak.Sejukkan dahulu sebelum masukkan kedalam bekas kedap udara.

"Selamat Mencuba Para Blogwalking!"

Maaflah tak cantik.Saya tak letak hiasan apa2 atas biskut tu.Lupa beli. Hehe.
Tapi rasanya mashaAllah sedap.

No comments:

Post a Comment