JellyPages.com

Please say....

Please say....

Thursday, 24 July 2014

Ramadhan,Jangan Pergi

Assalamu'alaykum.

Dah 26 Ramadhan dah masuk Maghrib tadi.Tahun ni rasa bersyukur sangat sebab dapat berpuasa bersama sama dengan family di Sabah.Tahun tahun sebelum ni,berpuasa di perantauan.3 tahun berpuasa di tempat orang.Dengan housemate,classmate,batchmate.Tahun tahun sebelum tu, puasa di asrama pulak. Tahun ni Malaysia dilanda tragedi kehilangan MH370 dan MH17 yang terhempas akibat kegiatan sesetengah pihak yang tidak bermoral.Mungkin tahun ini, tahun terakhir kita berpuasa dengan orang orang tersayang.Hargailah masa dan perbanyakkan amalan kita.Bukan bulan Ramadhan ni sahaja kita berakhlak baik.Solat tak tinggal,tutup aurat dan sebagainya.Seolah olah bulan ni sahaja amalan kita dicatit, bulan bulan yang lain, amalan tidak dicatitkah? Bulan bulan yang lain, malaikat kiri kanan tiadakah? Bulan Ramadhan bulan yang sungguh istimewa.Terdapat LailatulQadar didalamnya.Adapun,Lailatul Qadar itu rahsia Allah.Malam malam terakhir Ramadhan ini,mari kita tingkatkan lagi amalan kita.Mana tahu ini Ramadhan terakhir kita? Kehilangan sesuatu adalah sebagai pengajaran kepada yang lainnya. 

"Ramadhan,Jangan Pergi"



No comments:

Post a Comment