JellyPages.com

Please say....

Please say....

Thursday, 4 December 2014

Cream cake

Assalamu'alaykum.

Harini 4.12.2014.Genap 29 tahun parents saya menjadi suami isteri.Today is their anniversary. HAPPY 29th ANNIVERSARY to my lovely parents. 
I've baked a cake.Kek biasa je sebenarnya. Hehe. Sponge vanilla cake.
Sila skroll post2 yang sebelum ini untuk mendapatkan resepi membuat kek ya! 
Kali ni,saya ingin berkongsi resepi membuat krim kek sendiri.Ala..cam dekat bakeri tu..
Saya buat krim kek ni semalam.Takut tak sempat kalau buat dua dua sekali harini huhu..

Cream Cake

Bahan bahan:
1) Buttercup 100g
2) Planta satu cawan
3) Gula kastor atau gula yang sudah dikisar.1 cawan sahaja ya. (Saya kisar gula biasa je) Haha
4) Setengah cawan susu lowfat dutchlady
5) Esen vanilla

Cara cara:
Masukkan buttercup dan planta kedalam pengisar.Kisarkan sehingga menjadi putih.
Kemudian masukkan gula dan esen vanilla.Kisar lagi sehingga menjadi gebu.Lastly,masukkan susu.
Kisar semuanya sehingga menjadi gebu.Kisar jangan secara berterusan.Tak pasal nanti pengisar meletup.Ha,kan naya tu.Kalau ikut cara saya,saya kisar dan berhenti setiap 3-4 minit,baru kisar semula.Kisar hingga gebu k? Ok..ni ada lagi satu tips.Nak tahu gebu ke tak.Ianya akan menjadi putih dan cuba terbalikkan mangkuk pengisar.Jika krim tidak jatuh,maknya ianya dah gebu.Senang cerita,krim tak jatuh dan berwarna putih.Ok siap! 
Alhamdulillah..

Saturday, 13 September 2014

Roti Cheese

Assalamu'alaykum.

Petang tadi tetiba rasa nak makan roti.Jadi saya dengan penuh semangatnya membuat roti cheese.Alhamdulillah menjadi.Sedap.Sebelum sambung degree ni,belajar buat macam macam masakan.Saya student Pengajian Islam tapi saya suka memasak.Memasak buat saya happy! hihi =P 
Yang tengah tu doh kecik daripada doh2 yang lain.
Sebab tu tak nampak sangat.Tapi berkembang cuma saiz kecik dari yang lain.



Bahan-bahan:
1) 2 sudu makan susu tepung
2) 1/2 paket yis mauripan
3) 2 sudu makan margerin/planta
4) 1 sudu teh garam
5) 1 sudu makan gula
6) 1/2 cawan air suam
7) Tepung gandum
8) Sekeping cheesedale 

Cara-cara:
Masukkan kesemua bahan diatas kecuali tepung gandum.Gaul hingga sebati semuanya.Kemudian masukkan tepung gandum hingga boleh diuli dan tidak melekat di sudu atau tangan.Biarkan selama 10-20 minit atau biarkan ulian doh tadi menjadi double.Kemudian.Bulat2kan dan letak diatas bekas keluli.Tak tahu apa nama bekas tu Hihi =P Saya letakkan cheesedale yang dah dicampur dengan sedikit air panas.Kemudian saya sapu pada doh yang dah dibulatkan tadi.Letak didalam oven selama 20-30 minit,rak tengah,api atas bawah atau ikut kepanasan oven masing masing.Sapukan margerin ketika roti masih panas.Biarkan seketika. (Panas panas keluar dari oven kalau dimakan terus,melecur lidah) Hahaha.

Sekian.Roti cheese dari saya.Kalau taknak sapu cheese pun sedap jugak.Makan kosong sedap.Ikut kreativiti masing-masinglah.

Wednesday, 27 August 2014

Aiskrim vanilla coklat pandan

Assalamu'alaykum.

Semalam saya ada buat aiskrim coklat vanilla pandan.Jam9 macam tu.Time cuti cuti macam ni,rajin pulak saya mencuba macam macam resepi.Almaklumlah..nak kahwin kena pandai masak.Eh ada kaitan ke dengan aiskrim? Hihihi :P  Saya kan hantu aiskrim.Kena la pandai buat aiskrim sendiri.


Ni aiskrim fresh lagi tau.Nyummy!



Bahan bahan: 
1) 1 tin susu cair
2) 2 sudu besar susu pekat
3) 1 sudu besar ovallete
4) 2 sudu kecil esen vanilla 
5) 2 sudu besar gula

Cara cara:
Masukkan kesemua bahan diatas kedalam mixer selama 20 minit hingga kembang dan ringan.Dinasihatkan mixer tersebut dihentikan selama 1-3 minit setiap 5 minit.Kalau tak,nanti meletup pulak mixer tu.Kalau nak guna blender pun boleh,tapi rasanya kena blend lebih lama daripada guna mixer.Lupa nak bagitahu.Selepas dah mixer selama 20 minit,asingkan kepada 3 bahagian.Saya letak perasa pandan,milo dan vanilla (original flavour).Kemudian masukkan satu demi satu.Saya masukkan selang seli antara 3 perasa tu.Aiskrim saya tak berapa manis.Saya tak berapa suka makanan manis.Gula yang diatas samada nak tambah atau tidak terpulang.

P/s: Susu cair boleh juga diganti dengan susu segar atau susu low fat.Saya dah try susu low fat dutchlady ganti susu cair.Dan hasilnya sama sahaja.

Tuesday, 19 August 2014

Roti Sosej

Assalamu'alaykum.

Baru tadi saya membuat roti sosej ala pizza.Ala..yang ada sosej atasnya tu.Dekat bakeri selalu ada jual.Saya skroll2 resepi roti semalam.Sebelum tidur.So saya rasa tertarik pulak dengan cara membuatnya.Simple dan sedap rasanya.Lembut pulak roti tu.Makan kosong pun sedap tau.

ROTI SOSEJ
Bahan bahan :
1) Mauripan / yis  1 paket
2) Margerin 3sudu
3) 2 sudu susu tepung
4) Setengah kilo tepung gandum
5) Air suam satu cawan
6) Satu sudu gula
7) Satu sudu teh garam

Cara cara :
Masukkan mauripan,margerin,susu tepung dan gaulkan ketiganya sekali.Kemudian masukkan air suam dan gula serta garam.Masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga doh tidak lembik dan tidak melekit di tangan.Cara untuk Menjadikannya bunga seperti dibawah.Selepas itu,masukkan kedalam oven rak tengah,api atas bawah,150c dan selama 20 minit (ikut kepanasan oven masing masing)


Tak berapa cantik.First time la katakan hihi tapi sedap dan gebu tau!
(Kiri tu roti kosong tapi tinggal separuh dah kena makan)
(Kanan tu roti sosej,yang nampak cam terbakar tu sebenarnya sebab saya letak cheese) 





Monday, 11 August 2014

Fry Fries

Assalamu'alaykum.

Petang petang macam ni best makan kerepek, kuih muih and so on.Teringin nak makan fry fries.Sebenarnya resepi ni sesaja je.Tak sangka pulak menjadi.Rangup dan sedap.Sama macam dikedai.Nyummy! Bujang cam saya suka makan fry fries kan? So, jom buat sendiri. Kebersihan terjaga kalau buat / masak sendiri bak kata babah saya.Haritu buat fries tak jadi.Fries tu jadi lembik dan hitam pulak.Buat time buat grill chicken blackpepper.Grill chicken blackpepper jadi tapi fries pulak tak jadi.Sila skroll untuk resepi grill chicken blackpepper. 
Usaha tanda kejayaan.Chewahh! So demikianlah kisah fries.Bawah ni resepi fry fries.Kali ni inshaAllah menjadi. Alhamdulillah.Say thanks to Allah!

Nampak sedap kan? Buat setakat nampak jer sedap.Tapi memang sedap.


Bahan bahan :
1) 2 biji kentang.
2) 1 sudu teh soda bikarbonat
3) 2 sudu besar tepung beras
4) 1 sudu besar tepung jagung
5) 1 sudu besar tepung gandum
6) Sedikit air panas
7) Garam

Cara cara:
1) Potong kentang tadi panjang panjang dan jangan terlalu nipis.
2) Kentang yang sudah dipotong potong tadi rebus seketika,dalam 2-3 minit macam tu,api sederhana.Letak secubit dua garam.
3) Kemudian,toskan kentang tersebut dan letak sekejap di dalam peti sejuk.
4) Masukkan tepung gandum,tepung beras dan tepung jagung didalam satu mangkuk atau apa apa bekas.Jangan lupa masukkan soda bikarbonat sekali ya.
5) Masukkan air panas dan kacau hingga sekata.
6) Masukkan kentang dan kacau kacau hingga semua kentang tadi sekata.
7) Goreng dengan minyak yang panas,api sederhana.
8) Angkat bila kentang sudah kekuningan.
Siap! Sedap..
Alhamdulillah.

Sunday, 10 August 2014

Kek Marble Susu

Assalamu'alaykum.

Tadi kawan kawan mami dan kawan kawan kakak saya datang rumah.Jadi saya dengan sukacitanya membake kek marble susu.Ayat kemain kan. Haha. Awal pagi kot saya bake tadi. Jam8 pagi macamtu.Dan masak ayam masak kurma.Rasanya ayam masak kurma semua orang tahu dah kan? Ala resepi sama macam masak kari ayam.Cuma tukar rempah saja. Saya tak snap gambar ayam masak kurma saya tadi.Lupa snap.Huhu.
Sebelum masukkan dalam oven.Snap gambar dulu. Hihi :D


KEK MARBLE SUSU
Bahan bahan :
1) 1 cawan margerin / planta
2) 1 cawan tepung gandum
3) 2 biji telur
4) 1 sudu teh baking powder / serbuk penaik
5) 1 sudu teh ovalette
6) 1 cawan gula kastor (Kalau tiada gula kastor,guna gula biasa pun boleh tapi blended dululah ye!)
7) Pewarna hijau
8) 2 sudu besar susu segar (Saya guna susu tepung nespray)
9) 1 sudu teh esen vanilla
10) Sedikit kismis ( Saya letak kismis,lebihan buat kuih raya haritu.Sayang kalau buang) Tak letak pun tidak mengapa.

Cara cara :
1) Masukkan margerin dan gula kemudian pukul sehingga kembang. (Hingga berubah warna jadi putih)
2) Masukkan telur dan esen vanilla.Pukul sekata.
3) Masukkan baking powder,tepung gandum. (Ayak dahulu) 
4) Kemudian masukkan susu segar dan ovalette hingga sekata.
5) Masukkan kismis (Kalau taknak pun tak apa.Ini lebihan buat kuih raya haritu.Sayang nak buang.So,saya masukkan sekali.)
6) Kalau nak dua warna, putih dan hijau. Asingkan kepada dua.Satu hijau dan satu tak perlu letak warna apa apa. Atau ikut suka nak warna apa pun. Terpulang kepada kreativiti masing masing.
7) Masukkan kek ke dalam loyang yang sudah disapu minyak secara selang seli,putih dan hijau untuk menghasilkan warna yang menarik.
8) Guna lidi atau garfu untuk mencorakkan kek.
9) Panaskan oven selama 10 minit, 150c.
10) Masukkan kek kedalam oven setelah memanaskan oven selama 30-40 minit,150c,rak tengah,api atas dan bawah. Atau ikut kepanasan oven masing masing.
11) Cucuk gunakan garfu untuk mengetahui ianya sudah masak sepenuhnya ataupun tidak.
Siap! Senang kan? 
Alhamdulillah..
Kek tadi sudah dipotong potong.Gebu tak? Gebu tak kek saya? 


Saturday, 9 August 2014

Cara Untuk Dikasihi Isteri

Assalamu'alaykum.

Semua perempuan nakkan suami yang penyayang,baik and so on.Perempuan tak meletakkan rupa sebagai kriteria utama.Bagi aku la,aku tak pandang lelaki yang handsome tapi akhlak tiada.Lelaki yang biasa biasa tapi akhlak superb,kasihi ibubapa,boleh bimbing isteri,tolong isteri and so on itulah suami idaman semua wanita.Pendek kata,suami yang follow sunnah Rasulullah itulah yang terbaik.Rasulullah kan contoh terbaik buat manusia.Andai kata Rasulullah masih ada.. 
I would like to share how a husband loved by wife.Bagaimana seorang suami itu dikasihi isteri.Saya copy paste daripada Ustaz Ebit Lew.Beliau akan mengadakan program http://www.keluargasunnah.com/ pada 14 Sept 2014 di UPM,Selangor,mengenai Seminar Keluarga Sunnah.

Selalu wanita tanya soalan ini bagaimana untuk dikasihi suami. Tapi jarang lelaki tanya bagaimana untuk dikasihi isteri..Orang yang paling baik ialah orang yang paling baik terhadap isterinya. Nabi saw ialah orang paling baik terhadap isterinya.. Orang yang paling baik ialah orang yang paling terhadap keluarganya. Nabi saw orang paling baik terhadap keluarganya..Orang yang paling dekat syurga dengan Nabi saw di syurga ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Lelaki yang diharapkan wanita bukanlah kita kena terlalu sempurna atau terlalu jiwang..tapi cukuplah buat mereka gembira jika suami mereka seorang yang :

1) Mata yang memandang wajah ketika mereka bercakap. Mimik muka yang memahami suka duka dan pandangan terasa diri mereka disayangi. Nabi saw akan pusing semua badan bila bercakap dengan seseorang. Mengadap mereka sepenuhnya.

2) Sediakan telinga untuk mendengar dengan penuh perhatian tanpa potong cerita mereka sampai habis. Tiada orang lain tempat mereka mengadu dan bercerita lagi selain suami mereka. Wanita mudah jatuh cinta dengan seorang lelaki yang suka mendengar. Nabi saw tidak akan alihkan telinga dari mendengar sehingga orang tu habis bercakap

3) Selalu membelai mereka. Pegang tangan ketika berjalan. Peluk ketika berjumpa.Picit-picit tangan dan kaki mereka kerana ucapan terima kasih menjaga anak-anak dan menguruskan rumah..

4) Rajin bantu mereka. Orang yang kita tak kenal masa di mana-mana, jika mereka bawa anak-anak atau banyak barang. Kita akan tekan lif dan jika barang jatuh kita tolong angkat barang mereka. Isteri kita buat macam-macam dan ada yang boleh tengok sahaja. Anak menangis, susukan anak, buat susu, rumah bersepah, kemas rumah, basuh tandas, siram bunga, pasang langsir, tempah langsir, basuh baju, jemur, angkat dan lipat baju. Masak, hidang makanan, mengemas dapur, meja makan, basuh pinggan, suapkan anak, buat air, anak bergaduh, anak nak main permainan, dengar anak bercerita..kita mudahkanlah mereka nanti Allah sayang kita. Nabi saw uruskan hal rumahtangga sendiri..

5) Beri hadiah dan kejutan sentiasa buat mereka sebagai ubat pengorbanan mereka. Hargai mereka. Nak cari seorang pekerja yang rajin dan boleh buat semua kerja sangat susah..isteri kita bukan pekerja kita. Mereka isteri, kekasih, kawan, teman, pembantu agama, hamba Allah, pelayan, orang gaji, pengurus rumahtangga, pengasuh....apalah salahnya kerana Allah kita gembirakan mereka. Kadang-kadang kita beri hadiah, kata-kata manis, senyuman sayang, air mata ikhlas,dan bawa mereka berjalan-jalan.
Nabi saw selalu berikan hadiah ..

6) Sediakan bahu bila mereka menangis.. biarkan mereka menangis. Biar mereka luahkan perasaan mereka. Jangan ceramah atau nasihat mereka dulu
Biar mereka menangis..

7) Suami yang memimpin tangannya dan anak-anak ke syurga. Mulakan dengan setiap malam hidupkan bacaan Al Quran dan bacaan hadis Nabi saw dalam rumah walaupun sekejap..

8) Menghargai ibubapa dan keluarganya. Buat baik pada mak ayahnya mak ayah kita. Kerana asbab doa dan korban mereka kita kenal isteri kita..

9) Sekali sekala ucapkan kata cinta dan sayang padanya. Nabi saw ajar supaya kita ucap jika kita sayang seseorang..

10) Saling doa mendoakan, solat malam bersama-sama, baca Al Quran sama-sama, belajar bersama-sama, keluar jalan Allah bersama-sama - Ustaz Ebit Lew


Wednesday, 6 August 2014

Kebenaran Tentang Kucing

Assalamu'alaykum.

I'm a cat lover.Seriously.Bila ada kucing di tepi jalan pun aku g usap usap.Dulu bila di rumah sewa (I'm taking diploma time tu),ada seekor kucing ni.Awal 2-3 hari tu mengiau ngiau cam tiada tuan.Maybe kucing jiran.Tapi jiran dah pindah dah time tu.Aku selalu belikan makanan kucing wiskas yang bawah RM10.Kadang belikan dia wetfood.Dari kecik,hidup dengan kucing.Terbiasa dengan kucing.Hari hari terakhir dengan kucing tu,selalu dukung kucing tu.Peluk kucing tu.Cam dukung baby. Haha. Kucing tu sebenarnya garang. Tak suka manusia pegang. Cuma hari hari last tu dia manja semacam jer ngan aku.Maybe tau kot aku dah nak balik Sabah dah.Pernah berapa kali aku sakit,demam.Kucing tu mengiau kuat.Mengiau lain dari biasa.Celik mata dah ada sebelah dah.Sweet tak? =P Sebelum kucing tu ada,ada seekor lagi kucing gemuk selalu datang rumah.Tapi lama tak nampak.Satu hari tu,kucing tu pergi bilik aku.Padahal bilik aku dekat atas.Rindu aku kot. hehe. Ok enough.I would like to share kebenaran mengenai kucing. 

Time mula2 kucing tu datang.


Kucing ni manja dengan aku jer.
Dengan orang lain dia lari.

Nabi menekankan di dalam beberapa hadisnya bahawa kucing itu tidaklah najis.Malah diperbolehkan untuk ber berwudhuk menggunakan air bekas minuman kucing.
Kulit kucing mempunyai otot-otot yang berfungsi untuk melawan sel bakteria.Otot kucing juga dapat menyesuaikan diri dengan sentuhan otot manusia. Pada permukaan lidah kucing pula dilapisi oleh berbagai benjolan kecil yang runcing, benjolan ini berbentuk bengkok mengucup seperti kikir atau gergaji. Bentuk ini sangat berguna untuk membersihkan kulit.Ketika kucing minum, tidak ada setitis pun air yang akan jatuh dari lidahnya. Sedangkan lidah kucing sendiri merupakan alat pembersih yang paling canggih, permukaannya yang kasar boleh membuang bulu-bulu mati dan membersihkan bulu-bulu yang tersisa di badannya.
Kajian Yang Dijalankan
Telah dilakukan berbagai penyelidikan terhadap kucing mengikut pelbagai perbezaan usia, posisi kulit, punggung, bahagian dalam tapak kaki, bibir, dan ekor. Pada bahagian-bahagian tersebut dilakukan pengambilan sampel melalui usapan. Di samping itu, kuman juga diletakkan pada bahagian-bahagian tertentu. Diambil juga cairan khusus (air liur) yang berada pada dinding dalam mulut dan lidahnya.
Hasil yang didapati selepas ujikaji:
1. Hasil yang diambil dari kulit luar tidak mempunyai kuman, meskipun dilakukan berulang kali.
2. Tempat yang kuman sengaja diletakkan menunjukkan hasil negatif sekitar 80% (20% mempunyai kuman), jika dilihat dari air liurnya. Ini menunjukkan kucing dapat melawan kuman yang diberikan kepadanya.
3. Cairan yang diambil dari permukaan lidah juga menunjukkan ketidak hadiran kuman.
Kuman enterobacter yang tidak merbahaya
4. Hanya sekali kuman dijumpai semasa proses penyelidikan. Kuman ini termasuk dalam kumpulan kuman yang dianggap sebagai kuman biasa yang selalunya membiak dalam tubuh manusia dalam jumlah yang kecil seperti enterobacter,streptococcus, dan staphylococcus. Jumlahnya kurang dan membiak dalam lingkungan 50 ribu pertumbuhan.
5. Kajian tidak menemui jenis kuman yang beragam dan berbahaya. Perbagai sumber yang dipercayai dan hasil penyelidikan laboratorium menyimpulkan bahawa kucing tidak mempunyai kuman dan mikrobakteria. Air liurnya bersih dan boleh membersihkan seluruh badannya.
Ulasan para doktor yang bergiat dalam bidang kuman, Dr. George Maqshud, ketua laboratorium di Klinik Haiwan Baitharah, jarang sekali ditemui kehadiran kuman pada lidah kucing. Jika mempunyai kuman, itu menunjukkan kucing itu akan atau sedang sakit,
Lysozyme menjadi agen pembersih di dalam tubuh kucing
Selain itu, Dr. Gen Gustafsirl menemui kuman yang banyak pada anjing, manusia 25% dari anjing, kucing mempunyai separuh kuman dari manusia. Doktor haiwan di klinik haiwan Damaskus, Said Rafah menegaskan bahawa kucing mempunyai peranti pembersih yang bernama lysozyme.
Kucing tidak menyukai air kerana air merupakan tempat yang sangat subur dalam pertumbuhan bakteria. Kucing juga sangat menjaga kestabilan suhu tubuhnya.
Jika diperhatiakan, kucing tidak banyak berjemur dan tidak suka mendekati air. Tujuannya agar bakteria tidak berpindah kepadanya. Inilah yang menjadi faktor yang membuatkan kuman tidak ada pada tubuh kucing.
Hadith-Hadith Mengenai Kucing
Kabsyah binti Kab bin Malik menceritakan bahawa Abu Qatadah, mertua Kabsyah masuk ke rumahnya lalu ia menuangkan air untuk wudhuk. Pada masa itu datang seekor kucing yang ingin minum. Lantas ia menuangkan air di bekas untuk kucing itu minum. Kabsyah berkata, “Perhatikanlah”. Abu Qatadah berkata, “Apakah kamu hairan?” Kabsyah menjawab, “Ya”. Lalu Abu Qatadah berkata bahawa Nabi SAW pernah bersabda, Kucing itu tidak najis. Kucing binatang yang suka berkeliling di rumah (binatang rumahan), (HR At-Tirmidzi, An-Nasai, Abu Dawud, dan Ibnu Majah).
Diriwayatkan Ali bin Al-Hasan dan Anas menceritakan bahawa Nabi Saw pergi ke Bathhan suatu daerah di Madinah. Lalu beliau berkata, “Ya Anas, tuangkan air wudhuk untukku ke dalam bekas”. Lalu Anas menuangkan air. Ketika sudah selesai, Nabi menuju bejana. Namun terdapat seekor kucing datang dan menjilati bekas air tersebut. Melihat kejadian itu, Nabi berhenti sehinggakan kucing tersebut berhenti minum lalu Rasulullah berwudhuk. Nabi ditanya mengenai kejadian tersebut, beliau menjawab, “Ya Anas, kucing termasuk perhiasan rumah tangga, ia tidak dikotori sesuatu, malah tidak ada najis.”
Diriwayatkan dari Dawud bin Shalih At-Tammar dan ibunya yang menerangkan bahawa hambanya memberikan Aisyah semangkuk bubur. Namun ketika ia sampai di rumah Aisyah, tenyata Aisyah sedang solat. Lalu ia memberikan isyarat untuk menyimpannya. Sayangnya setelah Aisyah selesai mendirikan solat, ia lupa adanya bubur. Datanglah seekor kucing lalu memakan sedikit bubur tersebut. Ketika Aisyah melihat bubur tersebut dimakan kucing, Aisyah lalu membersihkan bahagian yang disentuh kucing dan Aisyah memakannya. Rasulullah Saw bersabda, “Ia tidak najis. Ia binatang yang berkeliling”. Aisyah pernah melihat Rasulullah Saw berwudhuk dari sisa bekas jilatan kucing, (HR AlBaihaqi, Abd Al-Razzaq, dan Al-Daruquthni).

Monday, 4 August 2014

Isteri Kuat Membebel

Assalamu'alaykum.
Semua orang nak bahagia.Seorang suami nakkan kesempurnaan dalam diri seorang isteri.Begitu juga si isteri.Nakkan kesempurnaan dalam diri suaminya.Saya masih muda.Tapi saya kurang membaca novel novel cinta seperti anak anak dara yang lain.Mereka yang membaca novel cinta selalunya mengimpikan alam perkahwinan yang sesweet dalam novel.Bukan nak bash mereka yang suka baca novel.Kisah dalam novel tidak seperti di alam realiti.Realiti lebih mencabar.Sebaik baiknya ikutilah sunnah Rasulullah dan para sahabat walaupun dalam alam perkahwinan.Berikut adalah perbualan seorang ustaz bernama Ustaz Ebit Lew dengan seorang lelaki yang juga suami kepada seorang isteri dan 4 orang anak.Si suami merasa tertekan dengan isterinya yang kuat membebel dan sila baca yang berikutnya untuk mengetahui respond Ustaz Ebit Lew.
Seorang lelaki tanya saya. "Ustaz, saya ada masalah rumahtangga yang besar. Isteri saya tidak bekerja. Lepas tu telinga saya ni dah tak tahan. 24 jam dia membebel. Asyik marah anak jer kerjanya..Anak 4 orang.Saya pun di marahnya. Saya dah hilang sabar.Lepas tu asyik tanya yang bukan-bukan. Duit bagi asyik habis. Dia tak membantu saya ustaz.Saya sayang dia. Tapi sekarang saya tidak bahagia. Macam mana nak bahagia ustaz kalau asyik stress macam ni? Tolong saya ustaz. Saya dah tak tahan sangat.."
"Betul abang nak tahu cara nak bahagia?" Tanya saya..
"Yer ustaz.."
Bahagia ini Allah yang beri. Dia beri bahagia ke dalam hati bersyukur. Syukur ialah bahagia. Syukur dengan kurniaan Allah buat hati kita tenang..
Orang yang benar bahagia dari hati yang berterima kasih pada Allah..
Saya beri dia sehelai kertas. "Cuba saudara tulis kebaikan isteri.." Dia kata, "Entahlah ustaz..susahlah macam tiada jer.."
"Baik, saya sebut kebaikan isteri saya pada saudara."
"Dia belajar tinggi-tinggi sampai umur 24 tahun. Dia lagi pandai dari saya. Dia boleh lebih maju dari saya dan menjadi orang hebat. Tapi dia pilih untuk menjadi orang belakang tabir hidup saya. Besarnya pengorbanannya...suri rumah ini sangat besar pengorbanannya. Pernah tak abang fikir sebenarnya rezeki yang Allah kurniakan kepada kita ini kerana ada orang di bawah tanggungan kita. Saya lihat ramai orang besar, rezekinya besar kerana Allah suka dia membantu keluarga dan pekerja yang ramai. Tapi saat dia tiada tanggungan semuanya berkurang dan berubah..Inilah iman." 
Tiba-tiba dia mencelah. "Erm betul lah ustaz..rezeki saya semakin bertambah. Bezanya sebelum kahwin dan selepas kahwin walaupun kerja yang sama. Rezeki makan minum yang melimpah ruah.."
Wanita ini hebat tapi mereka berada di belakang kita. Sayu dan dahsyat pengorbanan wanita..
2 wanita dalam hidup saya hari ini yang sangat besar pengorbanan buat saya ibu pertamanya dan kedua isteri saya.
Wanita membebel kerana mereka rindukan kita. Terutamanya suri rumah. Mereka tiada kawan-kawan sangat melainkan anak-anak yang tidak dapat faham sepenuhnya perasaan mereka. Saya pernah diberi masa 5 minit nak ceramah perkara besar dan penting. Kerana semangat yang berkobar-kobar hasilnya saya cakap sangat laju dan tidak tersusun kerana saya nak cakap semua.perkara. Begitulah isteri kita. 12 jam mungkin mereka tunggu kita pulang dari kerja. Mereka ingin luahkan sesuatu. Jadi mereka cakap tanpa henti kerana berapa jam sahaja masa yang tinggal dengan kita..tiba-tiba kita marah. Sedihnya hati mereka....sudah tiada siapa lagi kerana kesetiaan mereka.
Kita jumpa ramai orang dan masih ramai kawan-kawan. Mereka sudah tidak seperti kita..mereka ubah semuanya..erm..
Hakikatnya apa yang Allah takdirkan buat kita adalah yang sebaiknya. Ramai orang sedar bila nikmat itu sudah tiada lagi..
Sebab tu sekali sekala kita kena bawa mereka keluar di jalan Allah tanpa anak-anak. Bawa mereka majlis ilmu. Hidupkan ta'lim rumah (BACAAN HADIS NABI SAW bersama keluarga contoh 9.30malam-10malam) insyaAllah rumah kita bercahaya. Hati mereka tenang..Itulah masa kita bersama.
Waktu malam dan setiap lepas solat kita doakan orang yang ktia sayang. Setelah kita bersyukur dengan apa yang kita miliki ini. Kita mula berdoa untuk mereka dengan sayang sehingga air mata kita berlinang kerana dosa kita tidak bersyukur dengan apa yang kita miliki.
Dia mula salam saya dan kata terima kasih. Saya dapat apa yang ustaz nak sampaikan..kena syukur.
Betul, syukur kepada Allah yang baik. Dia beri semuanya yang sebenarnya baik tanpa kita sedari itulah yang terbaik buat kita suami baik isteri -Ebit Lew.
Sila layari facebook Ustaz Ebit Lew. 


Tuesday, 29 July 2014

Etiquette of Eid

Assalamu'alaykum.

Happy Eid Mubarak 1435 to all of muslim at whole world.I would like to share something to do during Eid Fitr.
"Taqabbal Allaahu minnaa wa minkum" "May Allaah accept our good deeds and yours".

Etiquette of Eid 1: 
The Sunnahs that the Muslim should observe on the day of Eid
1 – Doing ghusl before going out to the prayer. 

It was narrated in a saheeh hadeeth in al-Muwatta’ that ‘Abd-Allaah ibn ‘Umar used to do ghusl on the day of al-Fitr before going out to the prayer-place in the morning. Al-Muwatta’ 428. 

Al- Nawawi (may Allaah have mercy on him) said that the Muslims were unanimously agreed that it is mustahabb to do ghusl for Eid prayer. 



The reason why it is mustahabb is the same reason as that for doing ghusl before Jumu’ah and other public gatherings. Rather on Eid the reason is even stronger.


Etiquette of Eid 2: Eating before going out to pray on Eid al-Fitr:
Part of the etiquette is not to go out to pray on Eid al-Fitr until one has eaten some dates, because of the hadeeth narrated by al-Bukhaari from Anas ibn Maalik, who said that the Messenger of Allaah (peace and blessings of Allaah be upon him) used not to go out on the morning of Eid al-Fitr until he had eaten some dates… of which he would eat an odd number. Al-Bukhaari, 953.


Etiquette of Eid 3 – Takbeer on the day of Eid 
This is one of the greatest Sunnahs on the day of Eid.

The time for takbeer on Eid al-Fitr starts from the night before Eid until the imam enters to lead the Eid prayer. 
Description of the takbeer: 
It was narrated in the Musannaf of Ibn Abi Shaybah with a saheeh isnaad from Ibn Mas’ood (may Allaah be pleased with him) that he used to recite takbeer during the days of tashreeq: 
Allaahu akbar, Allaahu akbar, laa ilaaha ill-Allaah, wa Allaahu akbar, Allaah akbar, wa Lillaah il-hamd (Allaah is Most Great, Allaah is most Great, there is no god but Allaah, Allaah is Most great, Allaah is most great, and to Allaah be praise)


Etiquette of Eid 4 – Offering congratulations:
The etiquette of Eid also includes the congratulations and good wishes exchanged by people, no matter what the wording, such as saying to one another Taqabbal Allaahu minnaa wa minkum (May Allaah accept our (good deeds) and yours” or “Eid mubaarak” and other permissible expressions of congratulations.


Etiquette of Eid 5 - Adorning oneself on the occasion of Eid**
It was narrated that Jaabir (may Allaah be pleased with him) said: The Prophet (pbuh) had a cloak which he would wear on the two Eids and on Fridays. (Saheeh Ibn Khuzaymah, 1756).

So a man should wear the best clothes that he has when going out for Eid. With regard to women, they should likewise wear their best outer garments (Abaayahs, Jilbaabs, etc.) when they go out for Eid, and underneath them their nicest dresses to be shown only when they are in all-female gatherings or among family members who are permitted to see their adornments, beauty and finery


Etiquette of Eid 6 - Going to the prayer by one route and returning by another.
It was narrated that Jaabir said: "On the day of Eid, the Prophet (pbuh) used to vary his route [going and returning]. (Bukhaari, 986). 

It is perhaps symbolic of the spiritual changes which should have taken place in one's entrance to Ramadaan and one's exit from Ramadaan. A physical reminder of our spiritual commitment to a positive change in life styles.





Thursday, 24 July 2014

Semperit Susu

Assalamu'alaykum.

Nak dekat raya ni macam macam resepi keluar. Resepi yang saya sekejap lagi nak share ni senang didapati bahan bahannya,senang nak buat jugak. Tak perlu nak mixer sampai kembang cam biskut raya lain.Sedap.Cair di mulut.Nyummy! Saya sendiri dah try haritu.Anak anak muda yang balik bercuti raya cam saya pun boleh buat tau.

SEMPERIT SUSU
Bahan2:
1) 1/2 tin susu pekat manis
2) 250g margerin/butter
3) 600g tepung jagung

Cara2:
1) Pukul sebati susu pekat manis bersama butter (kalau butter keras sangat,boleh cairkan dahulu)
2) Masukkan tepung jagung sedikit demi sedikit (gaul sebati).Kalau adunan sudah cantik,tak perlu habiskan tepung.
3) Tekan guna penekan semperit.(kalau rasa keras adunan,boleh tambah minyak sayuran sampai jadi lembut)
4) Bakar selama 20 minit, 150-160c. (Ikut kepanasan oven).Guna rak tengah,api bawah sahaja.
Dah masak.Sejukkan dahulu sebelum masukkan kedalam bekas kedap udara.

"Selamat Mencuba Para Blogwalking!"

Maaflah tak cantik.Saya tak letak hiasan apa2 atas biskut tu.Lupa beli. Hehe.
Tapi rasanya mashaAllah sedap.

Ramadhan,Jangan Pergi

Assalamu'alaykum.

Dah 26 Ramadhan dah masuk Maghrib tadi.Tahun ni rasa bersyukur sangat sebab dapat berpuasa bersama sama dengan family di Sabah.Tahun tahun sebelum ni,berpuasa di perantauan.3 tahun berpuasa di tempat orang.Dengan housemate,classmate,batchmate.Tahun tahun sebelum tu, puasa di asrama pulak. Tahun ni Malaysia dilanda tragedi kehilangan MH370 dan MH17 yang terhempas akibat kegiatan sesetengah pihak yang tidak bermoral.Mungkin tahun ini, tahun terakhir kita berpuasa dengan orang orang tersayang.Hargailah masa dan perbanyakkan amalan kita.Bukan bulan Ramadhan ni sahaja kita berakhlak baik.Solat tak tinggal,tutup aurat dan sebagainya.Seolah olah bulan ni sahaja amalan kita dicatit, bulan bulan yang lain, amalan tidak dicatitkah? Bulan bulan yang lain, malaikat kiri kanan tiadakah? Bulan Ramadhan bulan yang sungguh istimewa.Terdapat LailatulQadar didalamnya.Adapun,Lailatul Qadar itu rahsia Allah.Malam malam terakhir Ramadhan ini,mari kita tingkatkan lagi amalan kita.Mana tahu ini Ramadhan terakhir kita? Kehilangan sesuatu adalah sebagai pengajaran kepada yang lainnya. 

"Ramadhan,Jangan Pergi"



Wednesday, 23 July 2014

Kek Batik

Assalamu'alaykum. 

Haritu teringin sangat nak makan kek batik.Rasa rasa semua orang tau resepi kek batik ni kan? Bagi yang suka makan kek batik,tapi tak tahu resepi.Saya beri resepi paling ringkas tapi sedap.Nyummy! Anak dara cam saya pun boleh buat sendiri tau.Bahan bahan pun senang nak dapat dan senang nak buat. 
Kek Batik ni nampak lembik sebab baru sejam setengah letak dalam peti ais.
Nak buka puasa dah time tu.Letak lelama lagi keras.Lagi keras,lagi sedap tau.

KEK BATIK
Bahan2:
1) 1 peket milo bersaiz kecil
2) 1 bungkus biskut marie (Yang bungkusan berwarna merah) **Patah patahkan ye**
3) 1/2 susu pekat manis (Saya guna 1/4 sahaja) **tak suka manis sangat**
4) 1 buku butter (Saya guna margerin planta agak2 satu cawan camtu)
5) Sebiji telur

Cara2:
1) Cairkan butter/planta dalam kuali besar.
2) Kemudian,masukkan susu pekat manis dan milo.Sebatikan.
3) Masukkan telur.Kacau.
4) Masukkan biskut marie yang dah dipatah patahkan tadi ke dalam kuali yang sama.
5) Gaul kesemuanya sehingga sebati.
6) Masukkan kedalam loyang. (Sila sapukan minyak dahulu ye.
Supaya tak melekat dan senang tuk dipotong)
7) Tekan bagi padatkan (Guna senduk plastik.Senduk tuk nasi pun boleh guna)
8) Sejukkan dalam peti ais 2-3 jam sebelum potong.
Bila dah agak2 cam dah keras dah.Potonglah.Sedap,inshaAllah.

"Selamat Mencuba Para Blogwalking!"




Grill Chicken Blackpepper

Assalamu'alaykum. 

I just tried a new recipe.New recipe for me.Makan ketika berbuka puasa semalam.Disebabkan di sini susah nak cari makanan western dan teringin nak makan.So cari punya cari.Dapat juga resepi.Tapi saya olah sedikit.Alhamdulillah.Sedap.Menjadi.Macam dekat restoran rasanya.Dekat restoran satu pinggan RM10-12.Mahal.Saya dapat 2 pinggan menggunakan resepi ni.Satu tuk kakak saya dan satu tuk saya sendiri.My parents tak makan makanan western. 

Grill Chicken Blackpepper
**Untuk perap ayam**
Bahan2:
1) 4 keping whole leg (debone) (kalau beli yang ada tulang,letak dalam air bagi lembut ayam,then keluarkan tulang ayam.Saya guna gunting daging)
2) 1/2 kiub ayam
3) 2 sudu besar sos tiram
4) 2 sudu besar kicap manis
5) 3 ulas bawang putih (ditumbuk kasar)
6) 1 cm halia (ditumbuk kasar)
7) Serbuk lada hitam (blackpepper)
8) Sedikit olive oil (saya xde olive oil,so saya tukar kepada minyak jagung)
Cara2:
1) Bersihkan ayam.Keluarkan air.
2) Cucuk bahagian ayam yang ada isi dengan garfu (supaya bahan perapan meresap dalam ayam)
3)Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam dan lada hitam 
4)Gaulkan dengan sos tiram dan kicap manis
5) Lastly,gaul daging dengan bahan tumbukan
5) Lumurkan sedikit olive oil 
6) Perapkan daging selama sejam (kalau nak lagi sedap,perap semalaman) 
7) Bakar daging hingga masak (Saya guna pemanggang ajaib) 
*Api kecikkan tau.Nanti hangus pulak.

**Sos black pepper**
Bahan2:
1) 1 labu bawang besar holland (yang kaler kuning)
2) 4 sudu besar tepung gandum
3) 1 kiub ayam
4) 2 sudu besar sos tiram
5) 2 sudu besar kicap manis (untuk gelapkan sos)
6) 2 sudu besar serbuk lada hitam
7) 3 cawan air (atau lebih)
8) Sedikit mentega / planta
Cara2:
1) Cairkan mentega,tumis bawang besar sampai keluar bau dan wangi (tak perlu sampai garing.Nanti pahit, xsedap pulak)
2) Masukkan serbuk lada hitam,kemudian tumis.
3)Masukkan tepung gandum.Kacau seketika.
4) Masukkan air.Kacau sebati.Kemudian masukkan kiub ayam.
5) Masukkan sos tiram dan kicap.Kacau sebati.Kalau nampak pekat sangat.Tambah air lagi.
6) Kalau nak lebih gelap,tambah kicap.
Ok...done! 

"Selamat Mencuba Para Blogwalking!"

Grill Chicken Blackpepper Homemade


Owner Of Blog

Assalamu'alaykum..

Anak kelahiran Sabah,negeri di bawah bayu.Just done with Diploma in Contemporary Islamic Sciences at International Islamic College,Gombak.Will futher my studies (degree) tidak lama lagi.InshaAllah dalam bidang pendidikan atau islamic studies.Bekas pelajar SMKA Limauan Kimanis Sabah.Was born on year of 1992.Berbangsa bisaya.I already delete my previous post.Free to skroll my blog.Moga bermanfaat.